Forever Young

Rezeki
Thursday, December 6, 2012 ? 0 Atashinchi ?
 Assalamualaikum kawan kawan semua.Lama taa tulis Blog jadi macam segan segan pulak naa taip.WAKAKAKAKA.So harini semua tingkatan 5 dah merdeka dah.Mula lah cuti sekolah selama-lamanya.Bosan kan  dah taa sekolah.Hari hari bangun bila dah azan Zohor.Naa buat macam mana,tu lah hidup seorang pengganggur muda.WAKAKAKA.Duit simpati masa Izul masuk hospital tu pun kian berkurangan.Pendapatan baki kedai pula sekarang dah taa menentu.Susah kan naa cari duit bila naa sara diri ni.WAKAKAKA.So Izul percaya bangun pagi tu murah rezeki so semalam pun Izul try tahan mata cuba taa tido lepas Subuh.Petik petik gitar sampai pukul 7,Izul pun keluar bilik.Izul pun tanya Ibu naa beli sarapan taa.Offer diri sendiri.HAHAHA.Ibu pun amek dompet Ayah kasi duit Rm10 yang terlipat tu suruh beli sarapan.Izul pun amek terus masuk kantung Izul.Izul taa pakai dompet,Izul pakai kantung warna merah.Ikut sunnah Nabi gitu.Time naa bayar beli sarapan tu Izul keluarkan duit rupanya Rm10 yang terlipat tu terselit Rm10 lagi.WAKAKAKAKAKA.See.Orang bangun pagi ni murah rezeki tau.Baki ada Rm5 so dapatlah untung bersih Rm15.Lepas sarapan kat rumah Ibu kasi Rm50 suruh beli ayam,kiub adabi tomyan tu dengan apa ntah.Dah tolak tolak semua adalah sikit baki dalam Rm30.Izul balik je Ibu taa ingat baki so Izul anggap je lah tu rezeki orang bangun pagi.WAKAKAKAKA.Hanya dengan bangun pagi Izul dapat pendapatan Rm40++.Kadang kadang Ibu ingat baki kedai tapi Ibu diamkan je sebab tau anak dia taa ada duit naa ngeteh nanti.Ibu Izul memang memahami anaknya yang mengganggur.Either Izul mengganggur pun Izul still rasa senang hati tiada bebanan kewangan.Alhamdullilah.Nanti kalau raya mesti minta maaf then mintak halalkan baki kedai yang Izul amek.Ibu pun dah hafal ayat Izul setiap kali Hari Raya.HAHAHA.Pendapatan yang taa menentu ni membuat kan Izul lebih berjimat dalam mengeteh.Dulu masa ada duit sekolah kalau ngeteh mesti makan nasi goreng taa naa sayur dengan sambal belacan tapi semenjak jadi pengganggur mewah ni Izul dah kurangkan makan luar.Biasa minum je.Makan dah awal awal dekat rumah.That why Izul yakin dengan kemurahan rezeki bila bangun pagi tapi tadi bangun pukul 1:30 tu yang harini taa ada duit masuk.WAKAKAKAKAKA.Esok lepas Subuh taa naa tidur lah.Mesti nanti Ibu suruh pergi kedai.Kawan kawan pun doakan lah yea semoga Izul sentiasa dimurahkan rezeki.Amin.Harini taa naa  tulis panjang panjang nanti banyak yang complain dekat IM Facebook.WAKAKAKA.Harini lupa pulak naa buat perenggan.Ramai jugak complain pasal perenggan tapi Izul taa ingat bila dah start taip nih.Izul baru balik futsal sebenarnya so letih laa.Esok pagi naa kerja gi kedai lagi kena rehat yang secukupnya.WAKAKAKA.So Bye Bye semua pembaca.Terima kasih still membaca.Jangan risau Izul kalau tulis semua nya mempunyai isi yang membuka minda masyarakat.WAKAKAKA.Selamat malam.Assalamualaikum :)


Thanks for reading :)


Iqra(Bacalah)
Sunday, November 25, 2012 ? 1 Atashinchi ?
   Assalamualaikum.Heeeeeeee.Nape tawe?WAKAKAKAKAKA.So Izul naa gosip gosip sikit lah ni.WAKAKAKA.Taa lah Izul naa story harini pasal haritu Izul masuk hospital.Ermm macam mana eak naa mulakan.Hmmmm.Malu pula dibuatnya.HAHAHA.Haritu hari Isnin paper Pendidikan Islam.Okay lah Izul jawab.Cakap senang riak pulak nanti.MUAHAHAHA.Then lepas Zohor gitu Izul pergi McD Airport study addmath dengan Izham serta dua orang kawan Izul.Izul beli burger Ayam.Mintak mayonis lebih dengan blackpaper dia taa kasi.Kedekut taik idung masin.Tengah study kawan Izul mesej ajak futsal.Izul pun dengan gembira meninggalkan mereka bertiga.Izul menunggang motor dengan laju disamping mengukir senyuman manis di sepanjang perjalanan.WAKAKAKA.Sampai je Izul terus main berkaki ayam sebab malas naa singgah rumah ambil kasut keramat.Masa tu lawan dengan India jadi Izul pun jadi "overexcited".Faham taa BI.Alaaaa macam teruja sangat lah gitu.HAHAHA.Masa tu Izul terbukak kuasa Super Saiaa macam DragonBall tu.Hujung hujung masa naa buat skill macam Neymar boleh pulak terpijak bola then Izul pun terpusing dan tergolek.Kepala Izul sampai lantai dulu then pengsan.Kawan Izul cakap Izul kene sawan dengan kancing gigi pastu terus jadi gila.WAKAKAKA.Tapi Izul taa sedar pun.Time tu Izul di alam lain bersama wanita wanita cantik seperti Emma Maaembong dan Wawa Zainal.WAKAKAKAKA.Then Ibu datang futsal amek Izul pergi futsal.Ibu jadi risau sangat sebab Izul taa sedar kan.Kasih Ibu kan membawa ke syurga.Then sampai lah Wad Kecemasan.Tup tap tup tap Izul pun sedar kat hospital rupanya.Time tu pukul 9:30 p.m gitu lah.Izul bangun je terus muntah banyak kali dengan kepalanya yang sakit.Aduhaiii rasa macam tengah bertarung dengan maut.Izul kene masuk air.2 botol jugak larung malam tu.Pastu Izul macam dah boleh layan kepala sikit Izul pun berangkat ke Hospital Aminah,Johor naik ambulans.Excited gila naik ambulans senyum senyum je.Time tu Izul rasa otak tengah sott kot Izul suruh pakcik tu bukak siren ambulans,amek gambar.Izul ada buat video dalam ambulans.Izul jadi macam pemandu pelancong gitu.Pakcik tu pun layankan je Izul.Lepastu Izul tertidur sampai hospital JB.Turun je ambulans semua orang tengok.Lepastu ramai pulak awek cantik cantik.Segan siaa.Izul pun pura pura tidur.WAKAKAKA.Pastu Izul dibawa buat Brain Scan.Alhamdullilah taa ada apa.Cuma sebab terhentak kuat je.Tu yang jadi gila.WAKAKAKAKA.Siap Brain Scan Izul naik ambulan balik Hospital Kulai.Izul cakap dekat Ibu Izul naa balik tapi Ibu taa kasi.Sedih.Uwek uwek uwek.Kat sana Izul dapat wad first class tapi taa ada TV.Malam pertama kat hospital seriously bosan gila.Izul pun buat lah revision sikit Addmath sampai pukul 2 gitu lepasti terlelap.Esok bangun mandi mandi terus sambung balik study sambil tunggu pengawas bawak paper AddMath.Time jawab Izul tanya aa pengawas ni macam mana.Dia cakap dia ajar KH form 1 form 2.Taa ada rezeki laa.Dah setengah jam gitu pengawasnya keluar gi makan.Sorang lagi gi tandas taa balik balik.Izul pun bukak buku bawah bantal cepat cepat.WAKAKAKA.Dapatlah membantu sikit.Dah cukup 1 jam Izul hantar.Kepala dah sakit taa boleh fikir lama-lama.Kesan sebab terhentak agaknya.Habis je paper kawan Izul angkatan STARP datang.Ramai yang melawat.Balik wad kene marah dengan nurse sebab doktor cari Izul taa ada kat wad.WAKAKAKA.Then jawab paper 2.Tu pun Izul jawab 1 jam terus hantar.Pengawas tu pun pelik.Agaknya lepas kepala terhentak terus jadi pandai.WAKAKAKA.Habis paper kawan Izul angkatan Senai pulak datang melawat.Ramai jugak.Kecah je wadnya.Masuk je maghrib dah start bosan.Mandi solat then baring je sambil tengok buku Science.Lepastu gi luar jalan jalan cari kawan.Semuanya dah tua masuk balik bilik study.Then baring sambil dengar lagu My Heart Will Go On.Dalam fikiran dah fikir je nanti pintu terbukak sendiri then perempuan merangkak bawak bayi berdarah darah.Pengaruh media massa betul lah.Dan terlelap akhirnya.Esok pagi Pengawas datang bawak kertas Fizik.Izul dah laa taa amek Fizik so tunggu lama dia gi amek paper Science.Paper 1 Izul jawab taa sampai 1 jam dah hantar.Rasa macam migrain je.Paper 2 pun sama macam tu 1 jam je jawab dah hantar.Kadang kadang sedih jugak tapi kita kita kene redha menerima ujian daripada Allah agar sentiasa mengingatinya.Ceewahh.Macam Pak Ustaz.Malam tu rilek rilek je sebab esok taa ada paper so Izul pukul 9 tu Izul mandi lama lama sebab ada water heater.Berasap asap bilik air.Then nurse datang ketuk bilik air cakap lamanya mandi dikkk.Akak naa masukkan air ni.WAKAKAKAKA.Izul mandi ada jugak 40 minit.Habislah bil air hospital.Lagipun bilik air Izul khas memang untuk Izul.Kan first class.WAKAKAKA.Tapi first class sengkek papa kedana.Lepas masukkan air Izul pun tidur.Esoknya bangun mandi then kawan ayah dengan Ibu datang melawat.First day Izul dah dapat collect RM170.Kalau macam gini hari hari Izul naa hentak kepala masuk hospital je lha.Gaji besar.HAHAHA.Petang tu lepas Angkatan BP melawat Izul dah boleh keluar.Happy gila lah dapat keluar.Sampai je rumah rasa heaven gila.Malam tu kawan Izul ramai lah datang rumah melawat.Baru je keluar esoknya dah main futsal.Lepas accident jadi makin power.2 kali try dari tengah dua dua gol.Power taa.Lepastu Ibu call.Izul jawab lambat.Ibu tanya main futsal ea.Taa lah tengok je.HAHAHAHA.Menipu taa sudah.Dosa taa putus.Heyyy bila naa berubah.Taa serik serik.Izul bawak bola je semua taa naa masuk takut Izul tergolek lagi.WAKAKAKA.Izul sebenarnya baru balik main futsal.Naa mandi lepasti pakai krim muka biar macam Super Junior.WAKAKAKA.So Izul naa ucapkan terima kasih yang datang melawat Izul,yang text,yang call,yang ambil berat.Infinityan terima kasih Izul ucapkan kan.Yang taa datang melawat tapi still ada niat tu pun Izul dah appreciate dah.Tapi dengar cerita budak ni yang cakap Izul tempurung kepala retak lah ada pendarahan lah kepala kene simen lah.Yang paling taa boleh blaa 50-50 je harapan.HAHAHAHA.Sedih dengar macam dah naa mati.Tapi Izul faham korang ambil berat pasal Izul.Korangkan sayang Izul.Sayang kan?Sayanggggg.WAKAKAKA.So sebelum mengakhiri penulisan ni Izul ada teka teki.Apa yang ada dimata bila korang gembira dan sedih?Nampak terpinga pinga semuanya.Jawapannya Izul.Sebab apa?Sebab korang akan terlihat wajah lelaki sejati setiap penglihatan korang.Lagi satu aa teka teki ea.Apa yang dalam dalam hati korang bila korang dalam suka nan duka?Muka payau seperti orang bongok.Jawapannya Izul jugak.Sebabnya Izul sentiasa terkunci dihati korang.Izul sangat memahami korang.WAKAKAKAKA.Sweettalker.Wanita jangan terpedaya.HAHA.K lah semua pembaca.Terima kasih sudi membaca cerita yang sedih ini.Izul yang tulis ni pun menitiskan air mata.MUAHAHAHAHA.Esok ada kelas Akaun so Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan :)


Thanks for reading :)


Sabtu-17/11/2012
Saturday, November 17, 2012 ? 0 Atashinchi ?
  Assalamualaikum semua.Apa khabar kalian semua?alhamdullilah,Izul dan keluarga sihat sihat hendaknya.12 ialah detik Izul bangun tidur.Perkara biasalah kan.Sebenarnya kalau korang naa tahu kan lelaki yang bangun lambat ni sebenarnya lelaki yang bertanggungjawab bila dah jadi suami.Seriously taa tipu.Ni berdasarkan kajian tau.WAKAKAKAKA.So hari ni Izul bangun awal sebab kene pergi kenduri kahwin anak atok sedara dekat Indahpura.Pengantinnya Cikgu Afza.Beliau cikgu Starp.Tadi kat sana kendaratnya budak sekolah Izul.Belum sampai tempat pengantinnya Afzan Haziq Ikhtiar dah lambai lambai dah.HAHA.Lepas tu pergi kenduri kat Lagenda Putra dan seterusnya di Kulai Besar.Kenyang dah makan nasi minyak.Izul dah macam anak dara pergi kenduri kahwin.Lepastu singgah IOI Mall beli Coolblog dengan apamballik Crisp2u tu.Lepastu kami sekeluarga pun balik rumah.Sampai je rumah Izul tidur sampai pukul 6.Ngantok gila.Tadi tidur mimpi Emma Maembong.Time tu kami satu kolej.Pastu ada event lah kene kami kene uruskan.Time tu Emma panjat tangga naa pasang langsir pentas.Tiba tiba dia tergelincir.Nasib baik ada Izul kat bawah tu.Time tu Izul tengah menganyam ketupat.Asal dalam mimpi tu Izul menganyam ketupat pun Izul taa faham.Dia pun hempap Izul.Emma nya taa apa apa tapi tulang belakang Izul macam naa patah.Dia urut urutkan belakang Izul dan kami bermain mata.Sebelum main mata tu Emma nya dah kene jack sekali Izul buat.WAKAKAKA.Lepastu Emma suruh masuk meminang.WAKAKAKAKAKA.Esoknya baru naa akad nikah Ibu dah kejut suruh solat asar.Tergantung lagi mimpi.HAHAHA.Bangun solat mandi tengok tv.Azan maghrib Safwan datang rumah jemput pergi surau.Lepastu balik surau gi ngeteh ngan Hanif sekali sampai Isyak.Lepastu pergi laa surau macam biasa.Balik surau je Izul makan nasi lemak Ibu masak.Lepak dengan Azzim Hanif dekat depan sambil tweet banyak banyak.Lepastu kitorang pun pergi amek Haris dengan Safwan gi ngeteh.Hari hari ngeteh,hari hari milo panas.Ibu cakap hari hari keluar ngeteh,kene buatan orang ea.HAHAHA.Hari ni berbual pasal apa eak?Lupa dah.Jap mesej Hanif tanya berbual pasal apa tadi.Jap jap.Haa hanif dah reply.Kitorang tadi berbual pasal kereta then naa bukak burger bakar depan rumah Izul.Nanti kitorang promote jadikan burger bakar kitorang sebagai tempat perlancongan.Longkang depan rumah tu kitorang naa buat macam WetWorld Batu Pahat.Nanti orang KL,Pahang luar negara semua lah datang.Pastu kitorang dah kaya sorang pakai Satria Neo sebiji sorang.Bila cuti je kitorang naa pergi KL lepas maghrib gi makan then sebelum Isyak dah balik.Yang ni idea Hanif.mangkuk ayun punya Hanif.Useless.Then balik rumah tengok tv,online tweet je.Taa buat apa pun.Tadikan Faisal dengan Izham bash budak.Kesian Izul tengok budaknya.Redha je lah dah kene bash.WAKAKAKA.So akhir kata "Wanita jangan percaya pada Sweettalker " WAKAKAKAKA.Baiklah Izul naa mengundur diri naa tegok Budak Pailang.Tengok aaaa.Azzim cakap best.So Babai semua.Terima kasih membaca kisah hidup Izul sehari hari.Sekian Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.Love Allah Love Muhammad :)


Thanks for reading :)


Jumaat-16/11/2012
Friday, November 16, 2012 ? 0 Atashinchi ?
  Assalamualikum dan selamat malam kepada semua pembaca.Sekarang dah pukul 2 Izul baru naa start type type.Padahal esok pagi kene bangun awal ada futsal 8:30a.m.So harini Izul bangun pukul 9:30 sebab ada kelas akaun.Sebenarnya kelas tu pukul 9:00 tapi telajak kesiangan.Nasib baik Izham mesej kalau taa memang Izul taa bangun aa.Then bangun je dah kelam kabut mandi.Ibu pun tanya ada kelas ke.Izul cakaplah ada.Haa amek kaww terus kene bebel.Kenapa taa bagitau ada kelas,kan Ibu boleh kejut,cikgu Maria tu korbankan cuti dia naa ajar pelajar,adik datang lambat,bla blaa blaaa.10 minit straight kene bebel sampai Izul keluar rumah.HAHAHA.Ingatkan naa mulakan pagi dengan senyuman manis,habis dah kene bebel muka macam smiley ni " :| ".WAKAKAKAKA.Macam biasa lah motor laju so 7 minit dah sampai STARP.Jadi Izul pun masuk kelas lambat.Ingatkan Izul paling lambat rupanya ada lagi kawan Izul lagi taa guna dari Izul datang lagi lambat.HAHAHAHA.Kelas habis dalam pukul 11 gitu lah.Then Izul dengan kawan pun pergilah terminal naa sarapan.Ingatkan nasi lemak ada lagi rupanya dah habis.Izul pun sedih.Muka Izul macam smiley ni " :( ".Jadi Izul taa makan.Izul dengan Izham taa balik rumah lagi.Kami pergi lambong rumah Iqmal dekat taib andak sebab naa buat motor Izham.Time otw tu kami singgah kedai motor Gemok.Izham beli spring class dengan papan class.Izul taa tau naa beli apa Izul pun belilah gloves Alpinestar.Saja saja je buang duit untuk diri sendiri daripada buang duit dekat perempuan yang taa menjamin kebahagiaan bersama di hari kelak kan.Sampai je kami rest rest dulu kat rumah Iqmal then pergi solat Jumaat dekat masjid Taib Andak.Balik masjid mak Iqmal dah sediakan makanan tengahari untuk tetamu kehormat.Sedap mak Iqmal masak daging.Empuk sampai terselit kat celah gigi.Sambal bilis pun Izul kasi rata.HAHAHA.Pastu kami pun study addmath.Iqmal siapkan motor Izham.Dah bosan study main gitar.Izul nyanyi pakai mic.Sedap jugak suara Izul rupanya.Macam Awie.Ehh bukan Izul yang macam Awie tapi Awie yang macam Izul.WAKAKAKA.Pukul 6.45 gitu hujan dah reda.Izul dengan Izham pun pulang ke rumah.Time baru naa balik tu Izham nampak pelangi.Korang tadi tengok pelangi taa?Lawa kan.Lawa gila.Besar pulak tu.Izul suruh amek gambar Izul background pelangi tu tapi Phone Izham mangkuk ayun problem pulak kamera dia.Izul pun jadi sedih sangat sampai menitis kan airmata seorang lelaki sejati.WAKAKAKAKAKA.Tepat pukul 7 Izul sampai rumah.Kejap je.Susah betul bawak motor laju ni.HAHAHAHA.Dapat lah siap siap mandi solat tu Hanif dengan Safwan dah datang rumah ajak keluar.Kami pun gi keluar pergi IOI.Tadi pergi IOI naa beli coolblog dengan apambalik crispy2u tu.Pernah makan taa?Alaa yang depan tangga bergerak tu.Haaaa kat situ.Sedap an.Lepastu kami pergi Planet Burger dekat Taman Munshi Ibrahim dekat belakang Kemayan City tu beli burger.Hanif beli burger BigMouth.Safwan beli burger Arnab.Izul beli burger Ayam Special Cheese.Sedap gila.Kat situ ada 200  ebih jenis burger.Paling best ada burger Ekstravaganza.Agaknya burger tu Bunkface datang masakkan kot.Seterusnya kami menuju pulang ke restoran Ayu di taman kami.Kami ngeteh sampai pukul 10.Habis ngeteh kami lepak depan rumah Izul je sampai pukul 11.Harini bebual pasal kahwin lah,plan lepas spm lah,macam macam pastu buat video korek hidung.Pelik betul dapat kawan selekeh macam budak ni.WAKAKAKAKAKA.Dah pukul 11 masuk dalam tengok Merlin.Best laa cerita adventure ada sihir sihir macam Harry Potter gitu.habis je Merlin tengok Ice Age.Ice Age habis Izul chat dengan Syafiq Che Poh.Sebok cerita pasal perempuan.Taa boleh tahan naa Bella Jeffry tu.Naa yang hot je.Lagi sorang Achaa mende ntah dengan Biyy Eyla.Standard yang maked maked je taste dia.Kelakar aaaa.Pastu sekarang tengah type lah ni.Malam tadi kan Izul mimpi Izul sambung study kat Austria.Time tu Izul rush naa pergi class then time lari tu Izul telanggar Wawa Zainal.Dalam mimpi tu kitorang sebaya.WAKAKAKAKA.Buku Wawa terjatuh then Izul tolong kutipkan.Wawa pun kutip sekali then tiba tiba kitorang bertentang mata.Romantik macam dalam movie.Tiba-tiba keluar lagu Ka Ho Na Pyar Hei.Then ada angin kuat tiup rambut Wawa.Macam movie Kal Ho Na Ho laaa.Wawa terus mintak couple dekat Izul.Esok nya jugak kami pulang ke Malaysia dan terus bernikah.Baru naa malam pertama Izham boleh mesej.WAKAKAKAKAKAKA.Dah aaa,kang lagi panjang type lagi banyak mengarut.Selamat malam.Bye.Assalamualaikum :)


Thanks for reading :)


Khamis-15/11/2012
Thursday, November 15, 2012 ? 0 Atashinchi ?
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Harini Izul bangun pakul 9.Haaaa dah macam nampak dah masa depannya tapi masih samar samar.Terpaksalah bangun awal sebab ada kelas Akaun pukul 9.Pukul 9 kelas pukul 9 bangun.Taa apa.Cikgu Izul taa marah.Beliau open minded.HAHA.Motor yang berkilat kilat sampai di Starp dalam 7 minit dari Senai.Laju sangat motor.HAHA.Harini belajar okay je.Kelas habis lambat.Kata sampai 10.30 je tapi tadi habis pukul 12.Pandai cikgu memperdayakan anak murid.HAHAHA.Tapi taa apalah belajar lama-lama bukan rugi pun.Terima kasih cikgu Maria sebab korbankan hari hari cuti cikgu ajar kami.Habis kelas Izul pergi makan dekat terminal dengan Izham,Iqmal,dan Tapai.Izul makan nasi lauk ayam merah dengan papadom dua keping.2 keping pun 40 sen tu.Mahal.Mangkuk ayun betul.Dah habis makan terus balik rumah.Time balik tu gerimis gerimis je.Sampai rumah dah azan Zohor.Dapatlah baring sekejap pastu terus pergi surau.Kat surau taa ada apa yang menarik then terus balik.Dalam berberapa minit Safwan datang rumah ajak ngeteh.Kami pun berarak kerumah Azim dan Haris menjemput mereka keluar bersama.Sedang kami ngeteh Hanif call tanya kat mana.Hanif pun datang ngeteh bersama kami.Air habis je kami semua pulang ke rumah Izul.Harini kami study addmath.Buat 4 soalan dah masing masing start pegang handphone main game.Bila dah bosan berbual.Nanti tengok muka sesama sendiri pastu cakap bosan aaa,naa buat apa?.Hari hari ayat sama.Pastu berbual pasal taik.WAKAKAKAKAKA.Izul pun taa tau kenapa diorang harini selekeh.Hanif lah ketuanya pasal topik ni.Lepastu Ibu buatkan air kopi o panas dengan keluarkan maruku.Hanif lagi yang jadi selekeh lepas layan je Izul.Izul suruh dia makan maruku macam arnab laju laju.Hanif pun buat.Tengok dia macam terer je Izul suruh dia masukkan maruku dalam dua lubang hidung dia sampai melekat pastu hembus makan.Cabaran pertama Hanif selesaikan dengan hebat.Berdekah budak ni.Masuk pulak cabaran kedua.Ni selekeh tau Hanif ni tapi Izul respect laa.WAKAKAKA.Izul suruh dia masukkan maruku dalam hidung sampai melekat pastu hembuskan dalam air kopi pastu minum dengan maruku marukunya sekali.Hanif selesaikan cabaran kedua dengan mudah sekali.Korang pun Izul rasa taa sanggup.Masuk pulak cabaran ketiga iaitu cabaran terakhir.Izul cabar dia makan maruku tu banyak banyak kunyah tapi jangan telan.Kene keluarkan dalam air kopi semuanya lepastu minum.Cabaran terakhir ni paling berdekah budak ni.Hanif ternyata bukan seorang yang pantang menyerah.Hanif minum balik dengan maruku maruku yang dia kunyah tu sehingga habis semuanya.WAKAKAKAKA.ternyata Hanif lah Jack Ass Malaysia.Ketiga tiga cabaran telah dirakam oleh Azzim.Saudara saudari yang mengenali Azzim boleh laa mendapatkan video tu..Selesai ketiga tiga cabaran ,azan Asar berkumandang.Kami pun pergi  surau solat.Tadi pun macam biasa je.Lepastu balik rumah masing masing.Diorang balik je Izul masuk bilik tengok abang Izul tengah tidur siap bukak air cond.Izul pun menyelit sebelah dia tidur sampai ke maghrib.Terlajak tidur sampai taa perasan dah azan.Mandi solat Safwan pun sampai dihadapan rumah ajak keluar jalan naik kereta.Kami pun keluar sampai lah azan Isyak.Kami pergi surau dah pulang ke rumah.Harini safwan balik awal sebab dia ngantok taa tidur petang.Izul pun lepak dalam bilik main gitar sampailah kawan seterusnya datang rumah.Kehadiran Amad Aqmal Khai Sufi datang naa ajak ngeteh.Izul pun bersiap siap pergi ngeteh lagi.Harini berapa kali dah pergi ngeteh dengan kawan.Milo panas dengan air apple dah berapa cawan dah telan agknya sehari.Siap je ngeteh Izul pun pulang ke rumah.Sampai saja di rumah Izul sudah jadi seperti orang yang tiada tujuan hidup.Bolak balik dari dapur pergi ruang tamu bukak peti ais masuk bilik keluar balik.Ulang ulang benda sama naa cari aktiviti punya pasal.Last last baring bukak aircond berangan nanti time Izul dah ada girlfriend.WAKAKAKA.Time tu gegirl tu taa kenal Izul.Izul tengah jalan jalan terlanggar dia.Pastu buku yang dia pegang terjatuh.Izul dengan gegirl tu pun kutip buku yang jatuh.Sekali kami bertentang mata terus fall in love.Esok tu jugak kami kahwin.WAKAKAKAKA.Macam dalam movie.Tapi tu berangan je.WAKAKAKA.Pastu barulah online.Harini rupanya kat tweter kan Ohh Susy jadi trending.Kesian Izul tengok.Budak ni kalau dah bash dengan angkatan bash diorang amboi taa ingat dunia.Akhirulkalam,sebagai menutup penulisan ini Izul naa cakap "Persefahaman penting dalam percintaan".Lagi satu Cinta" Sejati kan kekal Abadi"WAKAKAKAKAKA.Karut karut.Terima kasih siapa yang baca blog Izul.Pageview pun dah 1K++.Teruskan membaca blog Abang Izul.WAKAKAKAKAKAKA.Sekian Terima Kasih.Assalamualaikum dan Selamat malam :)


Thanks for reading :)


Rabu-14/11/2012
Wednesday, November 14, 2012 ? 0 Atashinchi ?
  Assalamualaikum dan selamat malam.Hari ini tahun baru dalam kalender Islam so Izul naa ucapkan Salam Maal Hijrah kepada saudara saudari yang sedang membaca.Alhamdullilah semoga di tahun baru ini kita dapat memperbaiki kesilapan masa lalu.Lelapkan mata seketika dan hapuskanlah kenangan pahit di masa lalu.Woiiii dah pejam mata belum?WAKAKAKA.Seperti hari hari lalu menjadi kebiasaan di hari hari mendatang.Harini Izul bangun pukul 12:45.Ibu cakap alahaiii kau ni dah macam orang taa ada masa depan.HAHAHA.Izul mandi pastu buat apa aaa?Entahlaa Izul taa ingat.Makan roti kot.Lepastu Azzim datang.Dia pun bosan macam taa ada masa depan ajak Izul keluar gi ngeteh minum air apple juice.Tengah minum minum Safwan pulak call tanya kat mana.Budak ni bosan semua cari Izul.HAHAHAHA.Lepas dah ngeteh,kitorang pun balik ke rumah Izul lepak lepak.Safwan pun dah bosan Izul asyik tanya dia naa buat apa naa buat apa.Tiba tiba Izul ternampak baldi di sudut halaman rumah.Izul pun pergi ambil sabun basuh kain kat belakang buat basuh motor.HAHAHAHA.Sekarang motornya dah berkilat kilat tau.Dah siap wax hitamkan tayar.Rim pun dah menyilaukan mata.Siap basuh motor kami study Pendidikan Islam.Semuanya pasal hukum hukum.Berkumandang lah azan Asar.Kami pun pergi surau.Lepastu balik surau pergi lagi ngeteh.Dah bosan gila tu yang macam orang taa ada life.Taa ada arah.HAHA.Pastu balik siap siap naa pergi surau.Harini Maal Hijrah so pergi awal.Harini Izul pergi surau pakai jubah.Macam Imam Muda gitu.HAHAHA.Pastu pergilah surau baca doa akhir dengan awal tahun.Dah siap semua balik rumah tapi taa keluar kereta.Duduk je dalam sampai Isyak.Dah Isyak pergi surau.Tadi  tengah baca doa Haris cuit cuit.Izul Izul tengok belakang.Ingatkan apa rupanya ada orang tengah sediakan makan makan.Dah berdekah time baca doa.Taa senang duduk dibuatnya.Bongok punya Haris pantang nampak makanan free.Then balik rumah ambil duit pergi pasar malam dengan Hanif dua orang je.Izul pakai jubah pastu kain pelikat nya dah naa terbukak.Dah laa kat pasar malam ramai dah Izul jalan cover cover.HAHA.Tadi kat pasar malam Izul beli nasi lemak ayam dia bungkus.Hanif beli apam balik Rm3.Agaknya sebab Izul pakai jubah akak nasi lemak tu panggil Pak Ustaz.Time naa bla pun Assalamualaikum Pak Ustaz.HAHAHAHA.Mudah-mudahan jadi Ustaz betul.Siapa sangka boleh jadi macam Ustaz Don.HAHAHA.Korang naa taa Izul jadi Ustaz tapi bukan aa macam Ustaz dalam cite Ohhh Harammm tu.Balik makan.Nasi lemak nya dia kasi banyakkk rupanya.Agaknya berkat jadi Pak Ustaz kod.HAHAHA.Kenyang dah gi study dengan kawan.Izul harini ajar Haris science.Izul suruh dia buat Izul check kan.Izul pegang jawapan then kalau dia salah je Izul marah.Padahal Izul sebenarnya pun taa tahu.Hari ni ajar dia teknik menjawab sciece macam ajar main seng seng.Izul ajar dia teka jawapan dengan tepat.Harap dia boleh gunakan bila jawab SPM nanti.Belajar setengah jam terus pergi ngeteh.Naa pergi ngeteh berlumba dengan Amad naik Honda C70.Last last Izul menang.Kata kalau menang naa belanja air tapi last last Izul yang kene belanja dia.Pukul 11 kami semua balik.Sampai rumah sambung Kuch Kuch Hota Hai.Korang tengok taa.Heyyy sem sem sem sem sem,Mengapa pengantin perempuan merasa malu?Pengantin lelaki sudah datang rumah.Ni translate lagu dia tadi.Andaikan Izul Rahul,Bakal tunang Izul lah Tina.Tapi Izul kahwin dua.Isteri kedua ibarat Anjali.WAKAKAKAKAKAKA.Dan sekarang Izul tengah taip blog.Lagi naa tulis apa eak?Azam tahun baru lah ea.Aaaaaaaa Izul punya Azam tahun baru ialah Izul naa cari gegirl tapi tu lepas SPM.Sekarang belum habis SPM lagi.Nanti mengganggu.WAKAKAKAKA.Izul naa semuanya jadi lebih baik dari masa silam.Kalau boleh semuanya naa sempurna.Izul harap nanti lepas SPM dapat part time yang gaji lebih seribu.Lagi satu Izul naa lulus ujian komputer.Dah empat kali gagal amat mengecewakan Izul.Kali kelima ni mesti ada ong nih.So Izul naa stop sampai sini je.Dah ngantuk da.Esok Izul ada kelas Akaun dengan cikgu The Beautiful Maria.So doakan Izul dipermudahkan dalam pembelajaran.Aminn.Lelapkan lah mata seketika dan lupakan kenangan pahit masa lalu.Ehh tadi dah suruh lelapkan mata.Kang dua kali pejam terus hilang ingatan.Kelakar taa?Izul buat lawak ni.Asal taa ketawa?Taa payah kerek aa taa naa ketawa.WAKAKAKAKAKA.Sekian Terima kasih.Selamat Malam.Assalamualaikum :) *Lagu kat blog ni kan sedap so korang kalau time ngeteh jangan naa complain je.Dengar je lah.WAKAKAKAKA


Thanks for reading :)


Selasa-13/11/2012
Tuesday, November 13, 2012 ? 0 Atashinchi ?
 Assalamualaikum semua.Hari ini Izul memulakan kehidupan seharian seawal jam 12 tengahhari.HAHA.Macam lelaki taa guna bangun siang hari.Izul bangun dan terus pergi mandi.Wangi Izul mandi.Pakai sabun Lifebuoy dengan Sunsilk colour hitam.Tu yang rambut hitam kekal berseri.WAKAKAKA.Dah siap siap pakai baju,Izul tolong ibu masak.Harini kami masak Ikan masak Steam.Tadi Izul masak telur 2 biji.Taa hangus tau.Ibu cakap jangan tinggalkan.Berdiri je tepi kuali tu sampai siap.Takut hangus lah tu.HAHA.Siap masak je pergi surau solat Zohor.Time naa pergi tu ada India tu main mercun yang bunyi banyak banyak tu tapi taa best pun.HAHA.Selepas itu,Izul pun pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.Banyak Izul makan.Kami makan sambil tengok Mr.Bean.Ibu cakap kenapa orang dalam tv tu ketawa?Taa kelakar pun.Ayah pulak cakap Mr.Bean macam orang bongok..HAHAHA.Dah siap makan,Izul buatkan Milo ais satu jug tapi tawar.Dah kene complain suruh tambah susu pekat manis.Last last jadi sedap macam dekat kedai.Semua dah kenyang angkat semua gi singki.Ibu basuh pinggan.Izul basuh cawan.Bak kata pepatah "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing'' Ceewahh.WAKAKAKA.Dapur semua dah beres,family Izul pun siap siap naa pergi Pelangi Indah.Izul taa ikut.Alasan naa studygroup nanti.HAHAHA.Ibu bertolak je terus Girl Generation-Twinkle.HAHAHA.Lepastu Amad datang rumah naa lepak lepak.Amad taa guna pergi majal Izul tulis kat status pelik pelik.Bongok dia.Taa boleh tinggalkan sekejap.Pantang betul budak ni nampak peluang naa majal orang.Pukul 3 ada movie Enthiran sempena Deepavali.Layan aa movie tu dengan Hanif.Hanif pun datang jugak.Movie tu kelakar pasal cipta robot.Izul nanti dah besar naa cipta robot jugak aa.Leh jadikan bodyguard.Robot tu lawan lawan mcm Bruce Lee.Power gila tapi Izul taa minat Bruce Lee.Izul minat Jackie Chan.Tapi tadi Izul tengok taa habis.Sampai 5.30 je sebab Aqmal dah call suruh datang futsal cepat.Tadi petang Izul main futsal.Best.Banyak main main.Sampai Sufi dah taa ada mood terus keluar jalan jalan naik motor.Faisal pulak terus duduk tepi seolah olah lututnya sudah longgar.HAHAHA.Izul dengan Panyik terus keluarkan kuasa Super Saiya macam dalam cerita Dragon Ball tu.Haaa amek kau gol je memanjang.Tapi last last kalah.HAHA.Balik dah maghrib terus mandi solat semua.Safwan pun datang rumah naa lepak lepak.Azan Isyak berkumandang.kami berdua pun pergi surau.Time tu hujan tapi redah je.Sampai je dah kesejukan.Baru selangkah masuk kesejukan seakan memeluk tubuh.Surau boleh pulak buka Air-Cond hujan hujan ni.Menggigil solat.Pastu balik rumah.Sampai rumah tengok cerita CUN sekejap."Siapa kata KLCC dan Sawah Padi taa boleh bersama''Ayat last Maya cakap.Then Izul pergi ngeteh sekat Safwan Azzim Khai Amad Sufi.Tadi ngeteh story pasal cite Enthiran je.Berdekah dekah kat warung tu.Dah siap ngeteh Izul pun balik dan sekarang Izul tengah taip taip ni.Naa cite apa lagi aa?Haaa.Haritukan masa PMR ada gegirl ni naa minta maaf sebab naa PMR.Dia cakap macam ni. "Abang Izul,orang minta maaf ea salah silap''.Izul senyum je tapi rasa awesome gila orang panggil abang.Nanti Izul naa suruh bini Izul panggil Izul abang lah.Oppa Izul ke.WAKAKAKA.Nanti Izul cakap dekat tunang Izul "Banyak lagi perempuan kat luar sana tapi pandangan abang hanya untuk sayang''WAKAKAKAKAKAKA.Macam movie Aku Terima Nikahnya.Pastu tunang Izul reply "Sayang taa pernah mengalah tapi abang yang taa pernah berjuang''Fuyooo romantiknya.Pasti Izul jack tunang Izul.WAKAKAKA.Dah aa.Penulisan ini kian dinoktahkan.Sekadar coretan ini dapat di titipkan dalam blog ni.Hentikanlah kehidupan hari ini dengan senyuman agar hayat esoknya kan mengukir senyuman yang lebih manis.WAKAKAKAKAKA.Karut karut.Sekian terima kasih.Selamat malam.Assalamualaikum :)


Thanks for reading :)




Older Post


// Twinkle-Girls Generation